Monday, 16 December 2013

sAmpLe dari AnmUm

16 december 2013, i dapat 1 kiriman dari anmum. OK! anmum bagi susu mangga yg baru tu.
thanks Anmum tp im wondering, cmne i leh dapat sample ni? adakah i register apa2 sbb i x minum anmum, just mamil mama yg chocolate tu..mamil mama memg sedap mcm minum coklat susu milo. sedap..sbb tu x smpai seminggu boleh licin. tapi harga pon licin juga la sbb 1 pek 600mg which is equivalent to 6 days worth RM 34. Tp kadang-kadang Giant wat offer, boleh dapat dlm RM 30. wat masa ni mamil mama is the best!

anmum mango...sedap! memang sedap sbb uolls terlupa yg uolls tu minum susu preggy.hehe. Seriusly law ambik msa trimester pertama uolls akan rasa heaven giler la. memg warna mcm plain milk, tp rasanya?? rsa cm ambik manga susu..mcm jus gitu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi lepas ambil je segelas susu ni, dlm 2 jam tu i senak perut weyh!! arghh time ni pulak selangor xde air.memg sah2 la,terkorban air kat dlm tong2 simpanan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
btw, dlm parcel tu include skali dgn buku rewards n borang redeem. so, x rugi pon law susu sedap n stok hujung sudu tu pon banyak, boleh dpt freebies, vacation, anything yg jd dorg provide. 600gm = 10 points n 1.2kg = 20 points. bukan setakat susu utk materna je,lacta n susu utk budak2 pon tmasuk skali. x rugi kan? means uolls boleh redeem selama mna uolls jd customer anmum.

mood:: suka dpt bnd yg berupa makanan ni.

Tuesday, 10 December 2013

newborn :: WHITE plain oR coLourfuL



baby dalam perut ni x reveal lagi gender dia. sampai skang ( 33 minggu) i masih musykil dalam bab nak beli baju i.

first trip :: i memang beli baju warna warni pon. uolls taw ape? bapaknya bising. dia cakap newborn bagi pakai putih plain.

dalam kepala otak i :: alamak,nak wat cmne nieyh, i paling x suka law laki i hangin. macam hulk

so i pon ambil pendekatan jual balik baju tu melalui mudah.my. alhamdulillah ada yg beli. tp x semua i jual. aku ambik dlm 5 pasg rompers ( putih 2, kuning air 1 ,chocolate stripes 1, 1 lagi tu pon putih tp de corak kecik2 cmtu.) yg i ambik ni memg unisex la.

_________________________________________________________________


second trip :: i kali ni berazam nak beli semua putih, langsung xde corak except tag tu la..


tp bila fikir balik, baby pakai putih nmpk suci je kan. nmpak comel je kan. so i x ragu2, i beli yg sale dlu. tapi cam bese, kali ni i ambik newborn size long sleeves and short sleeves.


mittens n booties?? yg ni pon i swift ambil semua putih plain.


uolls boleh bayang x ? dr ats smpai bwah putih, bedung je i x dpt putih, i ambik yg corak tp still warna putih base dia tu..barut telah la, elak kna sound lagi, beli putih jugak...


PaMpeRs vS cLoth diApeRs


ok entry kali ni nak story pasal pampers a.k.a lampin pakai buang dengan cloth diapers.
bagi 1st time mom 2 b mcm i ni, memg xde ilmu langsung la bab2 nak gtaw which is the best suit them. ada beberapa faktor yg aku titik beratkan dlm membuat pemilihan..adakah pampers? ataupon cloth diapers?

1. MASA
 i ni boleh dikatakan SRT sbb i plan nak jaga baby sendiri lepas bersalin ni.so, banyak masa i untuk baby.

CD= (+)
PAMPERS = (+)

2. KEWANGAN
emm yg ni x boleh nak cakap la..
CD 1 tu dlm RM50 x 5 = RM 250 (6 bulan . sebab dy pny getah akn loose law dah slalu pakai)
PAMPERS RM 30 x 3 x 6 = RM 540 (utk 6 bulan)

CD = (+)
PAMPERS = (-)

3. KERAJINAN
macam pelik je faktor ni, tapi serius yang ni adalah tunggak untuk menentukan mna 1 yg i akan pilih.

CD :: x rajin la nak basuh CD tiap2 hari, nak tukar insert tu.baby newborn maw 8 kali berat kencing..dlm pntang mna la nak larat wat sume ni..x kan nk harap laki, dia pon nak g keje.

PAMPERS :: pas pakai buang lam plastik. pastu buang lam mr. TONG.. simple n easy.

4. NAPPY RUSH
slalunya law pakai pampers ni dan lambat tukar bontot baby cepat dapat nappy rush. sama je i rasa law pakaikan CD pon..law lambat tukar still bontot tu merah2.so, apa2 pon, sediakan nappy rush cream awal2.

CD = (+/-)
PAMPERS =(+/-)


conclusion nya, i tetap pilih pampers ats alasan convenience n praktikal. lagi best law baby boleh pakai semua jenis pampers di pasaran.

permulaannya i beli huggies dry dlu. mula2 ingat nak beli whoopee,tp masa kat manjaku xde pon nmpk jnma ni..
sumber :: google
sama je cuma i aku ni screen pecah. xde mood nk snap

Sunday, 8 December 2013

baRut bAby

seriusly nak cakap, barut yg kat pasaran ni memang i x berkenan..sebab pe? sebab tgok tali tu mcm layak duk 1 bulan je kt kain tu. ..
barut ni anakku punya..



masa mula-mula nak beli memg x kan terfikir (mungkin i je kot yg x terfikir),..
rugi taw barut camtu, memang x berbaloi langsung la.

sampai la 1 hari ni i online( i memg kuat online skang ni) 1 kedai (retail/online) namely my baby comel.mula2 i tgok kat blog dia, i just tertarik ngan barut je. sbb tu aim i, nak barut yg berkualiti. pastu ada link facebook. laju-laju i click, kat situ lagi banyak corak baru. tapi sebagai seorang yg mdengar kata, i beli barut putih plain tapi kain flannel. search la contact us, oh,kedai ni dekat je ngan umah. esok tu i pon pergi la beli 1 set barut dlu. ni utk test dlu. i pilih size m RM 26 je. jahitan n kualiti? jgn cakap la, memang SUPERB giler!! uolls akn rsa, apsal la barut ni murah sgt harga nya..(tu yg i rasa la) mungkin boleh bg guna lg sedekad.


yg ni dari baby comel blogspot.memg sempoi..tp i beli plain flannel bertali..skang ni ada signature dekat bucu barut tu tulis my baby comel..my baby memg comel..hehe.


dalam nak bayar2 tu i teringat bedung.x de dalam stock lg wat masa ni. so i pon pilih 1 je dlu bedung biasa..1m x 1m (puas uolls nak lilit bapak budak pon boleh) . RM 17..


i beli corak yg hujung sekali paling kanan..sbb pak nye x nk warna warni..law boleh semua nk putih plain utk baby

tapi masih x cukup tu,. so bile i dah puas hati, i dah plan next week nak tmbah lagi set barut size m tp nak ambik cotton pulak sbb nak yg nipis 1.( mana la taw kot2 panas kan pastu nak bedung lg). set bedung tu i nak pilih corak yg sama tapi ada hud 1, then yg lain pilih yg cm i ambik ni.. 1 set (5 pcs) RM 80 + barut size m cotton RM 24 

Friday, 6 December 2013

checkLIST barang HOSPITAL

checklist ni banyak refer blog2,n buku panduan mengandung.. ada jugak tny orang n sister kt KKIA. bile dah dapat sume, summarize sendiri mana yg betul2 wajib ada..

BEG MAMA

BUKU PINK
I/C
KAD NIKAH

BAJU BLOUSE (BUTANG DEPAN) :: 3
KAIN SARUNG @ KAIN BATIK :: 2
SWEATER :: 1
STOKIN :: 3
BEANIE @ ANAK TUDUNG @ TUDUNG :: 1
DRESS PANJANG ::1 (utk check out)
NURSING BRA :: 3 - 4 (ikut pilihan sendiri)
DISPOSABLE BREASTPAD :: 6 set
DISPOSABLE PANTIES :: 6 pcs
PAD :: 1 pack
TOWEL :: 1
FACE TOWEL :: 1
SLIPER :: 1

BERUS GIGI ::1
UBAT GIGI ::1
BODY SHAMPOO :: 1
SHAMPOO :: 1
** travel set dah memadai**
LOTION @ KRIM ::1
MINYAK PANAS @ YU YEE @ INHALER ( ni memg wajib bg aku) ::1
SIKAT ::1
DEODORANT ::1
LIP BALM::1
COMPACT POWDER::1

HAIRBAND :: 1 set
WIPES TISSUES :: 1 (yg 30 pcs)
TISSUES (hospital punya x leh pakai ye) :: 1 (yg mini tissues)
PLASTIK (isi baju kotor , sliper, barg2 lain) :: x kisah

BREASTPUMP ( letak lam kete, nak pakai baru bawa keluar)

BEG BABY

BAJU LENGAN PANJANG :: 3
BAJU LENGAN PENDEK :: 3
MITTENS & BOOTIES :: 5 set
RECEIVING BLANKET :: 3 helai
BONET :: 1
BARUT :: 4
NAPY CREAM :: 1
TELON @ YU YEE :: 1
DIAPERS :: 1 pek kecil(karang jd mcm i unexpected cesear,pastu duk sepital 4 hari,setakat 6 kping mmg x ckup sgt)
TOWEL:: 1
WASHCLOTH @ HANDKERCHIEF :: 2
WET WIPES :: 1 pack ( dlm beg mama ada)

UTK LABOUR ROOM

ni barg dr list ats..
1 beg plastik @ woven yg mengandungi ::

BAJU LENGAN PANJANG
BARUT
RECEIVING BLANKET
MITTENS & BOOTIES
DIAPERS

STOKIN
FACE TOWEL

rasanya tu saje yg aku ingat wat masa ni..


PZM @ pAkAR zAt maKaNan

masa 32 weeks, i ada appoinment dengan PZM @ pakar zat makanan dekat KKIA. awl2 pg dalam pukul 8 dah pergi klinik. jmpanya dlm pkul 9.40 a.m. lama betul tunggu sesi i.
sekali dia panggil untuk kes anaemia mcm i dalam 4 orang 1 bilik.

mula2 dia explain la apa tu anaemia. bacaan hb @ darah merah kurang dari 11 gm. mcm i, mild anaemia sbb 9.9gm.. tu pon dr 26 weeks i ambik ubt, naik banyak tu je.

then dia bagitaw tanda2 kpd ibu ::

pucat - muka i memg slalu pucat
rasa macam nk pitam-ni kalo pakai bra lama je rasa la.
letih @ cepat mengantuk- yg ni dr awl2 pregnant memg cepat sgt rasa mengantuk, smbil drive pon rasa nak tertido
susah nak bernafas- law i tido melentang
jantung berdebar-debar-ni pon law i tdo melentang

dan risiko kpd ibu pulak ::

cepat pitam- x pernah lg
lesu- selalu
senang dapat penyakit berjangkit- ni x sure, tp laki i demam je, i pon demam n batuk n selsema, pastu smpai dah nk masuk 2 minggu batuk x hilang2 lg
keguguran
tumpah darah yg boleh menyebabkan kematian- bahaya ni
senang dapat penyakit jantung - ye la, jantung laju nak produce enough O2 utk mummy n baby..

RISIKO kpd BABY ::

masalah pertumbuhan (IUGR)
kurang berat masa lahir - bawah 2.5 kg
prematured
mati dalam kandungan - sebab tu aku alert dgn carta pergerakan baby.
risiko lahir mati- means baby lahir tp x dapat survive sbb kurg darah,n oksigen


so, nak hb tinggi kan, nk normal = atas 11 gm% kn..
pakar tu pon start celoteh bagi taw apa yg patut & x patut makan@ kurang..tp law dia cakap kurang, i terus x ambik sbb dah trimester ke 3. nak bg hb naik cepat.patut elak, elakkan je.

MAKAN SELALU


sayur hijau atau apa2 jenis sayur termasuk sayur buah n buah-buahan
elok ambil dalam setiap hidangan

daging merah :: seminggu sekali
size ::2 kotak mancis

elok ambil setiap hari
5 sudu dalam setiap hidangan

seminggu sekali
kalo hati lembu size kotak mancis jugak
nape seminggu sekali? sbb kolestrol tggi

seekor atau size biasa utk sekali hidangan
ambil setiap hidangan xpe

20 biji 1 minggu
yg ni pon banyak kolestrol

buah size epal,orange ambil 2 biji sehari
1 biji utk sekali makan

2 kali sehari. seeloknya yg plain
TEMPE

patut ELAK ::


minuman malta :: mcm milo, minuman yg diet mengandung mcm  produk2 soya & barli



TEH
KOPI
SOYA
KUNING TELUR

kat buku pink pon ada dont worry.


seeloknya makan ubt dengan JUS BUAH ASLI sbb vit C dpat menyerap zat besi dengan lebih optimum.

tapi jgn lepas makan trus makan ubat at least tunggu 2 jam sblom/slepas makan, law selepas makan, tggu lg 2 jam baru makan., except kes i sbb i dapat iberet. iberet proses kat intestine bkn kat perut.


Wednesday, 4 December 2013

ni ke dIsPoSabLe pAntiEs n mateRnitY paD

masa beli barang baby, i pon ada beli sikit barang utk keperluan ke hospital nt.
antaranya disposable panties,frankly la katakan, i x pernah tengok pon rupa disposable panties tu..yg i taw kain cotton / non-woven ke ape..

so msa beli tu ada yg free size,ada yg s,m,l,xl smpai ke xxxl dlm RM 6++  - 10++ . terfikir 2 3 kli jugak nk beli size apa, jenis apa, last2 ak ambik yg cm kain pampers tu. so blik tu i bukak 1 sbb nk tgok muat ke x.

lol, rupanya isi dia kosong.so kena pakai maternity pad jugak..law i taw baik i pakai je panties biasa.

kes maternity pad, dekat giant ada 3 jenis yg i jumpa,intimate,kotex ngan pureen. tp pad tu mcm pad biasa je kecuali kotex kene beli belt dia. dri beli yg tu, baik la aku beli overnite. ada wing lg(law xde wing nt beralih2 tempat je).




40 pcs overnite wing jenama sofy (i memg suka jenama sofy dri dulu sebab x melecet) = RM 7.85 (sbb ngah sale). so, more secure n boleh pakai lama. even x heavy flow pon i pny habit memg pilih overnite wing.


Saturday, 30 November 2013

chekLIST barang NEWborn

Dah berbulan survey sana sini pasal checklist newborn termasuklah berdasarkan pengalaman mak2 buyung yang lepas. emm ,..law nk ikut nafsu, semua benda nak angkut, nak bg perfect utk baby yang nk lahir. rupa-rupanya ada yang antara barang tu tak perlu pon.so, jangan ajar anak dalam perut ni buang duit..(yola, mak nye pon bukan orang senang)

ni antara list yang paling urgent ( dah 8 bulan kot baru nak ready beli barang baby & yang paling budget abis la )


CLOTHING


Long sleeves  - 10 pasg

short sleeves - 10 pasg ( law boleh campur2.. 3 singlet,3 eyelet,4 short sleeves)

short pants - 5 pasg

long pants - 5 pasg

rompers - 5 pasg ( tp dah x lembik kpla baru bg pakai rompers,law nk jugak beli yg button/zip dr ats smpai bawah)

bonet @ topi @ beanies - 3 set (ni utk elak baby ilang haba so, kira perlu)

mittens & booties - 10 set ( kak ina cakap yg ni pakai byk & lama sbb x nk cakar muka..ye)

binder @ barut - 10 helai (5 size M,10 size L) ( barut besar xpe, sbb x terangkat ke dada then perut x terdedah, & dpt protect tali pusat baby)

receiving blanket @ bedung - 4 helai ( yg ni beli je sbb tebal dr napkin,tp size 1m x 1m)

napkin - 1 set @ 12 helai ( yang ni x sure pakai ke x.sbb tgok mcm x pakai pon ..petua mak ngah baby jgn bg pakai towel instead pakai napkin, so kulit dia nanti soft2 gitew.rasanya x nk beli)

**************************************************************
BATHING / GROOMING

baby bath - 1 ( beli set yg 200ml dlu, nk test kt kulit baby ok ke x)


baby shampoo - 1 ( tp x sure bila nk shampoo )

baby lotion - 1 (lotion / baby oil... to keep moisture kt baby )

minyak telon - 1 botol ( nape telon bukan yuu yee? sbb terbukti berkesan,takut yuu yee panas sgt, x pon boleh je pakai minyak yg dlm set bersalin tu )

washcloth - 6 helai ( guna masa bg mandi baby, lap2 kepala & bdan , boleh jugak guna utk lap susu tumpah sbb x beli bib pon )

towel - 3 helai 
cotton balls - 2 packs ( sbb nk guna cuci mata, blakang telinga, tali pusat sbelum basah badan )

cotton buds - 1 set ( x guna byak sgt cotton buds ni)

clipper set - 1 set

comb set - 1 set ( yg ni rasa x nk masuk dlm list,tp usha2 blog,kpla baby ada 1 lapisan yg ala2 kelemumur - xsempat tercabut abis kot..ntah..beli je wat spare)

thermometer - 1 set ( yg ni penting sbb mamanye x reti nk check suhu panas ke normal pkai tgan)

nasal aspirator - 1 set ( beli utk papa dia buang mucus dlm lubang idung )


****************************************************************
DIAPERING

diapers - 1 set ( try n error dulu)


wet tissues - 4 packs ( rasa mcm x cukup utk sebulan, xpe, beli je nt)

spray bottle - 1 botol ( xkn lap je kot,cam x best je..law siang2 boleh usung g toilet.law tgah mlm,spray bottle ni sgt berjasa)

changing mat - 1 

baby diaper cream - 1 ( ni law bajet besar boleh pakai earth mama, mcm kita ni layak pakai yg biasa2 je )

****************************************************************
LAUNDRY/STORAGE

detergent -1  ( kulit baby sensitive.MUST HAVE)

baldi - 1 ( nk basuh / kumpul baju baby)

hanger bulat besar - 1 ( senang nak jemur, pakai hanger kecil tu leceh)

hanger bulat kecil - 1 ( ni utk jemur bnd kecik mcm mittens & booties,bonet , washcloth)

storage box - 1 with lid ( senang nk angkut barang baby ke mana2 n x kena habuk sbb ada lid)

bakul kecil - 2 set ( 1 utk grooming....1 utk toiletries)

****************************************************************
FEEDING

bottle - 2 set (5 oz sbb nk bf smpai 3 bulan pertama..skin 2 skin touch)

bottle & teat brush - 1 set

bottle cleanser - 1 botol ( beli yg xde bau)

storage bottles - 10 bottles ( yg ni law incase nk baby papa dy jga)

storage bag -  1 set /25 bag (sbb nk buat stock utk baby 3 bulan ke ats, pkai bag 5 oz )

breastpump -1 set ( yg ni pakai dlu manual sbb takut x terpakai)

**************************************************************
BEDDING

mattress set - 1 set ( yg ada dimple pillow lg ok...gpon tdo skali)

mosquito net - 1 set (harus sbb ada nyamuk)


**************************************************************

ANTARA BARG YG X MASUK LIST

bath tub :: pkai besen je,bath tub xde function sbb baby newborn lembut.

spring cot ::  goncangan boleh myebabkan masalah kt bhgian otak baby

cot :: x perlu sbb tido skali 

baby powder :: talcum x sesuai & x bagus ..mr google

warmer :: letak dlm air suam 2-3 minit

sterilizer :: bole pkai cara mak2..rendam dlm air mendidih 3-5 minit.

bib :: sebab x taw cmne nk guna...baby direct bf kn..x mkn lg x perlu rsanya..napkin byak

infant seat ::  dlm pntang x pkai

baby stroller / carrier :: same jugak,dlm pntang x pkai.



tu antara list yg dibuat last2 minute .. utk mama dia lain la citernya.. rasanya cukup utk abis pntang..

Wednesday, 20 November 2013

tunGku ohh tungKU

ramai cakap masa dalam pantang nanti kena rajin2 bertungku so, nanti rahim cepat kecut.so boleh slim balik cam ank dara(gitu ehh).. tungku kat pasaran skang ni memang banyak option, pilih je, tapi belum tentu kesan yang diberikan tu sama. ye dok??

Tungku batu sungai
Tungku herba
Tungku elektrik

tu antara tungku yang selalu dengar la. zaman dlu pkai tungku besi tu, tapi dah dimodenkan balik ada sarung herba. mugkin lg berkesan. yang nak leceh sebab nak kena panas atas stove. macam mana law pantang sorang2? memang susah la, ntah2 lupa nak tutup api tu, lain citer plak nanti.

tungku herba senang jugak, kasi stim je.stim dkt mne? dlm rice cooker pon boleh. err, macam x confident je nak pakai tungku ni sbb tungku n nasi berada di posisi yg sama.ragu2 nk makan nasi pakai rice cooker ni. nk ok, beli rice cooker kecik tu..tp yg tu pon mahal jugak. so, out. banyak pulak nak kena belinya.

lastly, bila di consider kan balik, beli tungku elektrik.sebab pe? sebab charge 5 minit je. tpi still bahaya ye, banyak yg dah experienced tungku tu MELETUP..and air dlm tungku tu boleh melapah kulit2 yg mulus. take precaution, jangan charge dekat ngan baby especially, or mummy n sesape je.charge jejauh sikit...then, jgn pkai tungku tu lama sangat. igt abis pantang je bg tamat tempoh terus je.
tungku ni beli dekat GM je :: RM 10 siap charger.

breAst pUmp yanG mane??

ntah nape boleh terfikir nak beli breastpump pon xtaw la.law nak diikutkan ramai yang beli botol susu dulu. sebab doktor ada ckap kmungkinan lahir awal. kalau baby pramatang(mintak dielakkan) nanti baby kena duduk dalam inkubator tu.so, masa tu mungkin susah nak direct breast feed. lg 1, masa mula-mula check up nurse dah bgitaw kepentingan breastfeed ni.

x semestinya kena beli breastpump, boleh jugak pakai kaedah marmet.yang urut2 breast n picit2. tapi mcm mane law tangan kita x bersih? kang berkuman pulak susu tu.so, try la beli manual breast pump dulu sbb x taw lg susu yang nak keluar tu boleh smpai ke 2 tahun ke, 6 bulan pon dah kira bersyukur sgt. sbb law ambil ubat propanolol n ultracet mcm dlu2, x kan nk brestfeed lg. sian pulak baby nt.

bg megelakkan pembaziran, belilah yang murah dulu,law diikutkan hati nak yg medela free style. sekali harung je dapat 2 2 botol.tunggu dulu, mana la taw rezeki susu melimpah ruah n rezeki banyak, boleh beli. buat masa skang ni, pakai set tommee tippee je dulu. harga pon x mahal sgt, law beli harga biasa, RM199 tapi rezeki baby so ada YES sale. dapat 1 set tu dalam RM99.sale ni beli dekat marissa shoppe..online/walk in(shah alam seksyen 20). sbnarnya peekaboo pon letak RM99.90 and ada yg sale tapi just RM145. dah cari yg lain, tapi x jmp lg, so yg ni consider paling murah.


RM99,berbaloi kan.dalam set ni ada 6pcs disposable breastpad, 1x lid (boleh tutup botol susu 5&9 oz), 2x storage milk, 2x spare part kat breastpump, 1 x botol 5 oz & 1 sterilizer box.

yang x bestnya, dia ckp 3 part kan, sbnarnya x pon, byak part nk kna buka sblom sterilize breastpump ni..yg beli ni x sterilize lg..tunggu beli botol susu dlu kot.wat skali harung senang nak simpan.  yang bestnya, de sterilizer box, senang keje, masuk microwave je kan..haha.. x pon senang simpan dlm tu je, nk pkai sterilize la.x de la nk hilang sana sini.

so far, pakai dulu baru rate ok ke x.

sUppLeMent maSa pReggY

masa mula-mula wat check up, hb dah rendah ok.8.4 je..memang kena bebel ngan nurse kat situ. padahal lalu je makan.Maybe sbb baby pon bersaing sama kuat ngan mummy dia..haha....sticker kat buku pink pon jd la KUNING..bila dah bawah 9 kira anaemia teruk. so, slalu la kena ambik darah nak test itu ini,thalassemia ke ape ke...

first nurse kasi ubat iron fumerate,b1,vit c dan folic acid...

lepas 3 minggu hb naik 0.5 je,padahal makan  double iron tu..

then nurse suruh makan obimin. nasib baik memang dah taw pasal obimin ni so ada spare yg 30 tablets botol kecil tu..tak mahal sangat tapi keluar duit sendiri dengan ubat dapat free ni lain..haha..(RM 16.50 pon nak berkira jugak ke) 

masa ambil obimin ni sehari sebutir je. ada la dalam 3 minggu camtu..(law x silap). masa check hb, ok, dah jadi angka 9.2..ok la tu dari naik ciput makan iron tablet. fakta nya obimin ni lgi sikit taw kandungan iron,just 30mg compared to iron 60mg. maybe sbb lepas makan je 2 3 jam lepas tu muntah balik kot, so, sama je mcm x mkn iron tu. obimin senang, satu pil ganti 4 jenis pil klinik..skali ngap je dah sudah..sonang ati makan pe pagi..

ni la obimin tu..x abis makan lagi nak masuk balik dalam kotak n bg cik Tong..
skang dah 30 weeks, so jumpa pakar O&G, doctor kata,"kamu ambil obimin sehari sekali je, sepatutnya ambil 4 biji sehari" ooo, sampai 4 biji kena ambik.mak aii banyak nye. disebabkan masih bawah 11, doktor cakap x pela ,obimin tu stop skang ni shift ambil Iberet Folic pulak. dalam hati terfikir, nasib baik la i x jadi beli obimin lg,law x wat rugi je. so, tanya doktor, ubat tu kena beli jugak ke? dia kata x payah, klinik ada iberet folic .seminggu sebelum i jmp pakar ni, aku dah search mr.google and dapat taw serba serbi pasal Iberet folic ni.n harga nya mahal sikit dri Obimin. dlam RM30-37. so, selamat duit kali ni. and bersyukur sangat sebab ubat free.sbb belum tentu ubt ni boleh makan ,kang jd mcm ambik ubt klinik dlu, rugi jugak, and terpaksa beli obimin balik..hoho..

kotak ubt ni memg besar gedabak tp pil dia x besar gedabak pon ok.boleh lg telan.
ada tanya doktor, cara nak mkn ubt ni sama mcm ambik obimin ke, nk kna ambik pepagi then tggu 2-3 jam baru boleh makan? doktor kata, NO, depends on u.x payah tunggu 2-3 jam sebelum/selepas makan..boleh ambik bila2 masa. dalam hati,ohh x perlu la mkn ubt pkul 6.30pg dah..hehe.



Wednesday, 23 October 2013

bUkU pInK

ni sample je, buku sendiri x boleh letak sbb x reti nak edit maklumat yg terpampang kat cover page tu.
kalo cakap pasal buku pink, mesti ramai para ibu yg taw pasal buku pink / buku merah. Ye la semua yg nak bersalin perlukan buku pink sebagai rujukan doktor yg nk incharge patient.

Nak buat buku pink ni kena la ikut alamat kan, so aku buka dekat KKIA koperasi polis. Dokumen yg patut ada - IC SUAMI / ISTERI, BIL ELECTRIK/ BIL AIR/ BIL ASTRO , KAD NIKAH..tu bg yg 1st mom-to-be la..law ngandung anak ke-2 dan ke atas kena bawak buku pink yang lama...

Masa pergi klinik ni dah nak masuk pukul 1. So, nurse tu cakap la, "adik datg balik pukul 2 ok". dah agak, tapi sesaje gatal nak datang petang2 sbb dengar citer kt KKIA tu x ramai yang datang petang. masa datg balik tu pintu pon tak buka lagi..hehe..lepas buka je, serahkan dokumen kat nurse then tunggu dia panggil nama. 5 minit pastu dia pon panggil la nama. lepas tu dia suruh wat urine test..

dah settle keluar toilet, Aku pon duduk la kat situ tunggu no. giliran.,tak sampai 5 minit dia panggil utk ukur tggi, berat badan, HIV test, n HB, tekanan darah..berat 49.3kg, tggi 153cm, HIV sah2 la negative kan, tekanan darah ok,HB?? x ok! nurse tulis kat situ <9..means anaemia. OMG!! terkejut sangat masa tu. tapi kalau diikutkan family history memang parent 2 2 ada masalah kesihatan.

Lepas tu masuk la bilik untuk ukur perut, nadi baby, n nurse bg info2 yang penting cth pemakanan sihat, perancang keluarga, etc etc..lepas tu keluar...

10 minit kemudian nurse panggil balik, dia bagi suntikkan kancing gigi n suruh g Klinik batu refer doktor sana..sebab masa tu doktor dah xde. so, dlm pkul 3.20 tu gerak terus ke klinik batu.

Sampai je klinik batu memang terkejut.suasanan kat klinik tu jauh beza dengan KKIA td.sesak sangat. Kebetulan masa tu dah rasa macam nak pitam.Nurse cakap apa pon dah x boleh nak masuk dalam otak.  masa scan doktor cakap baby lewat 3 minggu dari tarikh period. Ok sebab boleh terima ye la period datang x menentu..mesti la tarikh kesuburan tu x sama kan. masa dekat sana pon ada ambik darah lagi..arini tangan 2 2 kene cucuk dan lenguh sangat2. Nak drive pon rasa x boleh nak pusing stering. Pukul 5.30 baru keluar n jadi patient paling last kat situ.

balik cari nasi....lapa wooo

Friday, 4 October 2013

tiME miDteRM

disebabkan i ni masih lagi student, maklum le x grad degree lagi, so kira student la kan., i rasa otak i ni link dengan otak baby la. Mana x nya, setiap kuliah yang hadir i mesti tak dapat nak bagi tumpuan sangat sebab baby selalu bergerak. Jadi apa yg disampaikan oleh lecturer usually i akn study balik masa balik rumah. Jadi i pon bajet-bajet paper sem ni i banyak kantol la kan... aduhai...

Rezeki anak la dikatakan, hari result keluar, member i attach result n sent by LINE(nak jugak promote), memang terkejut sangat2 sebab i kira pointer, omg! senarai dekan.. Masa tu macam x percaya pon ada tapi bila tengok ID, memang sah sama. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Ni midterm untuk sem baru, kali ni semangat i berubah, i dapat rasakan yang baby i pon belajar sekali dengan i. Setiap kali baca notes, seperti biasa, suara tu memang jelas, nanti baby dengar. kan bagus tu. Arini paper agama, subjek yg bukan favourite sgt sbb xde kira-kira,..apa agaknya marks yg akn i dapat? menyesal jugak x study..

Thursday, 26 September 2013

mEngIdaM ke??

Tittle entry kali ni jelas menunjukkan i akn story psal mengidam..Dulu masa x pregnant tgok org pregnant mengidam itu la ini la, yang bukan-bukan pon ada jugak. Ada yang tahu dari tuan punya badan dan ada juga dri perbualan orang lain . Tapi bila diri sendiri dah pregnant baru tahu perasaan mengidam tu macam mana.

Tempoh mengidam yang paling kemuncak sekali masa melepasi tahap loya dalam bulan ke 3 & ke atas . Makanan pertama yang i mengidam ialah STEAMBOAT . Masa tu dah la tengah pokai, nak makan pula steamboat , kesian en.suami i. Boleh dikatakan i buat perangai la semata-mata nak makan benda tu . Tapi bila tengok wajah en.suami i dah berubah , muka dia nampak sedih je sebab x dapat nk penuh permintaan i, maka i diam la seketika . Malam tu rupa-rupanya dia dah masak steamboat untuk i . Terharu sangat-sangat masa dia bawa makanan tu dekat bilik . (maklumlah dah xde tenaga nak bangun ke mana-mana) . Sejak dari tu kalau i nak makan apa-apa, i akn tunggu kitorang keluar dan ada rezeki lebih . i jadi serba salah untuk meminta-minta dekat en.suami . Nasi lemak telur rebus jugak antara salah satu makanan yang i suka makan masa dah nak masuk 4 bulan . Boleh dikatakan hari-hari i nak beli nasi lemak, tak kisah la nasi lemak tu bungkus ke, ada daun pisang ke , kertas minyak ke , janji nama dia nasi lemak & x de tambah apa-apa lauk . i pernah jugak request roti canai masa nak masuk subuh. Jadi sebelum matahari terbit, As akn breakfast kat kedai mamak makan roti canai . Hehe. Ketabahan seorang lelaki yang i sayangi tak dapat di tandingi, tak pernah sekalipon dia menolak permintaan i .

Tapi dalam-dalam kemanisan mengidam, ada juga situasi pahit yang tak dapat i lupakan . i mengidam ketupat pada masa yang langsung bukan musimnya. Sebulan sebelum puasa . i tanya kawan-kawan i, ad yang sampai Johor, Kedah semua i tanya . Masa ni i jadi sedih yang amat bila x dapat cari ketupat palas . Hanya Allah je taw betapa kecewa dan teringinnya nak makan ketupat. Kesabaran yang ada akhirnya membuahkan kenikmatan. Ketupat palas yang i inginkan ada pada malam raya aidilfitri. Masa makan tu, i dapat rasa satu kepuasan seperti rasa gembira sangat2 dan bertuah sebab dapat makan ketupat tu. Umpama kemenangan di medan perang. Apalagi , i pon call la en.suami  bgtaw yg i dah dapat makan ketupat palas . Seperti biasa dia akan cakap "alahamdulillah ada rezeki".  Kalau nak diikutkan macam-macam makanan yang i mengidam masa pregnant ni . Cuma semakin lama semakin berkurang rasa mengidam tu .

rasanya sampai sini je utk entry ni..bubye

Sunday, 22 September 2013

pRegnAnt

orang cakap nak timang anak ni perkara yang amat indah bagi wanita yang bakal bergelar ibu, so perasaan ini tak boleh nak described, sebab excited, teruja, tertanya-tanya & yg paling penting bahagia.

line yg wane pink tu memg x jelas sgt..yg penting double line.
2 bulan pertama pregnant ni sebenarnya dah mematahkan semangat untuk i bergelar ibu lagi.. minggu ketiga i dah alami morning sickness yg teruk, sampai terbaring-baring la dalam bilik .Badan memg dah xde tenaga ditambah pulak hilang selera makan . Setiap kali makan i akan keluarkan balik, masa tu ada juga timbul perasaan fed up. Tekak ni dah naik kembang dengan semua makanan. Masa tu pula i memg x boleh nak mkn di luar sbb bau asap2 memasak ni buat i loya . Senang cakap, deria bau ii berganda-ganda kuatnya . Dari 45 kg trus jd 43 kg.

Dah nak masuk 3 bulan, keadaan semakin ok, Nasi dah boleh makan banyak sikit & xde nak buang-buang sgt . So masa ni dah boleh buat kerja tapi x lama la . Mengidam pon masa ni jugak . Sebulan sebelum puasa i mengidam nak makan ketupat palas. Nak dijadikan cerita, bazar ramadhan ada jual tapi malangnya ketupat tu ada kacang,urmm x tercapai lagi hasrat nak mkn ketupat . Malam hari raya pertama akhirnya,...akhirnya, satu ketupat palas yang memg sebijik dgn apa yg i idamkan ada .apa lagi, makan la 2 3 biji.Masa tu rasa nikmat sgt. Bukan setakat ketupat je, durian, anggur, strawberry, kentang goreng , cendol, ABC, steamboat semua ni makanan masa mengidam. Nasib baik la i ni seorang yg boleh makan esok lusa( ada orang mengidam masa tu juga nak makan ). Tapi kesian kat en.suami i yg terpaksa cari makanan ni dalam kesibukan dia . TAPI, dalam tempoh ni, satu benda yang paling i x boleh tengok, hidu apatah lagi makan...iaitu KICAP & apa2 makanan yg berwarna hitam.confirm masa u jugak i akn uwekkss..

Masa baby dah 5 bulan, i jadi semakin aktif . Jadi rajin tetibe je . i boleh buat kerja berat, kata org ada je bnda nak dibuat . Tapi ok jugak sebab masa 5 bulan ni selera makan i bertambah. Satu hari i akan makan paling kurang 3 kali nasi...paling kurang taw. Hobi pula bertukar, dari sibuk dengan buku, i muncul minat untuk menjahit & memasak.. tapi x pandai sgt nk berkemahiran ni . Sekadar yg basic2 boleh la . DAN yg peliknya, i akn masak kicap n kadg2 tu makan kicap semasa makan nasi.Sedangkan sebelum ni i loya dengan kicap . Habit setiap minggu, i akn ukur lilit perut utk memastikan perut besar dengan seimbang. 6 bulan , baru 86cm. Doktor ckp perut As ni kecil tapi masa scan dia kata baby normal . Jadi xde la susah hati sangat. Berat pon naik 47 kg je. Sekali tengok nampak macam x pregnant ( kalau pakai baju besar ), 2 kali tengok mcm bru 4 bulan lebih. Sekarang ni i pregnant 6 bulan, perubahan yang ketara pon masa nak tidur. Masa ni As perhatikan kaki dah bengkak, kadang-kadang masa tengah drive kaki i boleh cramp . Bahaya taw keadaan mcm ni. Tu saje utk setakat ni sebab baru 6 bulan, nanti dah 7 8 bulan i tmbah entry baru ok.

Nuffnang Adds