Thursday, 26 September 2013

mEngIdaM ke??

Tittle entry kali ni jelas menunjukkan i akn story psal mengidam..Dulu masa x pregnant tgok org pregnant mengidam itu la ini la, yang bukan-bukan pon ada jugak. Ada yang tahu dari tuan punya badan dan ada juga dri perbualan orang lain . Tapi bila diri sendiri dah pregnant baru tahu perasaan mengidam tu macam mana.

Tempoh mengidam yang paling kemuncak sekali masa melepasi tahap loya dalam bulan ke 3 & ke atas . Makanan pertama yang i mengidam ialah STEAMBOAT . Masa tu dah la tengah pokai, nak makan pula steamboat , kesian en.suami i. Boleh dikatakan i buat perangai la semata-mata nak makan benda tu . Tapi bila tengok wajah en.suami i dah berubah , muka dia nampak sedih je sebab x dapat nk penuh permintaan i, maka i diam la seketika . Malam tu rupa-rupanya dia dah masak steamboat untuk i . Terharu sangat-sangat masa dia bawa makanan tu dekat bilik . (maklumlah dah xde tenaga nak bangun ke mana-mana) . Sejak dari tu kalau i nak makan apa-apa, i akn tunggu kitorang keluar dan ada rezeki lebih . i jadi serba salah untuk meminta-minta dekat en.suami . Nasi lemak telur rebus jugak antara salah satu makanan yang i suka makan masa dah nak masuk 4 bulan . Boleh dikatakan hari-hari i nak beli nasi lemak, tak kisah la nasi lemak tu bungkus ke, ada daun pisang ke , kertas minyak ke , janji nama dia nasi lemak & x de tambah apa-apa lauk . i pernah jugak request roti canai masa nak masuk subuh. Jadi sebelum matahari terbit, As akn breakfast kat kedai mamak makan roti canai . Hehe. Ketabahan seorang lelaki yang i sayangi tak dapat di tandingi, tak pernah sekalipon dia menolak permintaan i .

Tapi dalam-dalam kemanisan mengidam, ada juga situasi pahit yang tak dapat i lupakan . i mengidam ketupat pada masa yang langsung bukan musimnya. Sebulan sebelum puasa . i tanya kawan-kawan i, ad yang sampai Johor, Kedah semua i tanya . Masa ni i jadi sedih yang amat bila x dapat cari ketupat palas . Hanya Allah je taw betapa kecewa dan teringinnya nak makan ketupat. Kesabaran yang ada akhirnya membuahkan kenikmatan. Ketupat palas yang i inginkan ada pada malam raya aidilfitri. Masa makan tu, i dapat rasa satu kepuasan seperti rasa gembira sangat2 dan bertuah sebab dapat makan ketupat tu. Umpama kemenangan di medan perang. Apalagi , i pon call la en.suami  bgtaw yg i dah dapat makan ketupat palas . Seperti biasa dia akan cakap "alahamdulillah ada rezeki".  Kalau nak diikutkan macam-macam makanan yang i mengidam masa pregnant ni . Cuma semakin lama semakin berkurang rasa mengidam tu .

rasanya sampai sini je utk entry ni..bubye

Sunday, 22 September 2013

pRegnAnt

orang cakap nak timang anak ni perkara yang amat indah bagi wanita yang bakal bergelar ibu, so perasaan ini tak boleh nak described, sebab excited, teruja, tertanya-tanya & yg paling penting bahagia.

line yg wane pink tu memg x jelas sgt..yg penting double line.
2 bulan pertama pregnant ni sebenarnya dah mematahkan semangat untuk i bergelar ibu lagi.. minggu ketiga i dah alami morning sickness yg teruk, sampai terbaring-baring la dalam bilik .Badan memg dah xde tenaga ditambah pulak hilang selera makan . Setiap kali makan i akan keluarkan balik, masa tu ada juga timbul perasaan fed up. Tekak ni dah naik kembang dengan semua makanan. Masa tu pula i memg x boleh nak mkn di luar sbb bau asap2 memasak ni buat i loya . Senang cakap, deria bau ii berganda-ganda kuatnya . Dari 45 kg trus jd 43 kg.

Dah nak masuk 3 bulan, keadaan semakin ok, Nasi dah boleh makan banyak sikit & xde nak buang-buang sgt . So masa ni dah boleh buat kerja tapi x lama la . Mengidam pon masa ni jugak . Sebulan sebelum puasa i mengidam nak makan ketupat palas. Nak dijadikan cerita, bazar ramadhan ada jual tapi malangnya ketupat tu ada kacang,urmm x tercapai lagi hasrat nak mkn ketupat . Malam hari raya pertama akhirnya,...akhirnya, satu ketupat palas yang memg sebijik dgn apa yg i idamkan ada .apa lagi, makan la 2 3 biji.Masa tu rasa nikmat sgt. Bukan setakat ketupat je, durian, anggur, strawberry, kentang goreng , cendol, ABC, steamboat semua ni makanan masa mengidam. Nasib baik la i ni seorang yg boleh makan esok lusa( ada orang mengidam masa tu juga nak makan ). Tapi kesian kat en.suami i yg terpaksa cari makanan ni dalam kesibukan dia . TAPI, dalam tempoh ni, satu benda yang paling i x boleh tengok, hidu apatah lagi makan...iaitu KICAP & apa2 makanan yg berwarna hitam.confirm masa u jugak i akn uwekkss..

Masa baby dah 5 bulan, i jadi semakin aktif . Jadi rajin tetibe je . i boleh buat kerja berat, kata org ada je bnda nak dibuat . Tapi ok jugak sebab masa 5 bulan ni selera makan i bertambah. Satu hari i akan makan paling kurang 3 kali nasi...paling kurang taw. Hobi pula bertukar, dari sibuk dengan buku, i muncul minat untuk menjahit & memasak.. tapi x pandai sgt nk berkemahiran ni . Sekadar yg basic2 boleh la . DAN yg peliknya, i akn masak kicap n kadg2 tu makan kicap semasa makan nasi.Sedangkan sebelum ni i loya dengan kicap . Habit setiap minggu, i akn ukur lilit perut utk memastikan perut besar dengan seimbang. 6 bulan , baru 86cm. Doktor ckp perut As ni kecil tapi masa scan dia kata baby normal . Jadi xde la susah hati sangat. Berat pon naik 47 kg je. Sekali tengok nampak macam x pregnant ( kalau pakai baju besar ), 2 kali tengok mcm bru 4 bulan lebih. Sekarang ni i pregnant 6 bulan, perubahan yang ketara pon masa nak tidur. Masa ni As perhatikan kaki dah bengkak, kadang-kadang masa tengah drive kaki i boleh cramp . Bahaya taw keadaan mcm ni. Tu saje utk setakat ni sebab baru 6 bulan, nanti dah 7 8 bulan i tmbah entry baru ok.

Nuffnang Adds