Sunday, 22 September 2013

pRegnAnt

orang cakap nak timang anak ni perkara yang amat indah bagi wanita yang bakal bergelar ibu, so perasaan ini tak boleh nak described, sebab excited, teruja, tertanya-tanya & yg paling penting bahagia.

line yg wane pink tu memg x jelas sgt..yg penting double line.
2 bulan pertama pregnant ni sebenarnya dah mematahkan semangat untuk i bergelar ibu lagi.. minggu ketiga i dah alami morning sickness yg teruk, sampai terbaring-baring la dalam bilik .Badan memg dah xde tenaga ditambah pulak hilang selera makan . Setiap kali makan i akan keluarkan balik, masa tu ada juga timbul perasaan fed up. Tekak ni dah naik kembang dengan semua makanan. Masa tu pula i memg x boleh nak mkn di luar sbb bau asap2 memasak ni buat i loya . Senang cakap, deria bau ii berganda-ganda kuatnya . Dari 45 kg trus jd 43 kg.

Dah nak masuk 3 bulan, keadaan semakin ok, Nasi dah boleh makan banyak sikit & xde nak buang-buang sgt . So masa ni dah boleh buat kerja tapi x lama la . Mengidam pon masa ni jugak . Sebulan sebelum puasa i mengidam nak makan ketupat palas. Nak dijadikan cerita, bazar ramadhan ada jual tapi malangnya ketupat tu ada kacang,urmm x tercapai lagi hasrat nak mkn ketupat . Malam hari raya pertama akhirnya,...akhirnya, satu ketupat palas yang memg sebijik dgn apa yg i idamkan ada .apa lagi, makan la 2 3 biji.Masa tu rasa nikmat sgt. Bukan setakat ketupat je, durian, anggur, strawberry, kentang goreng , cendol, ABC, steamboat semua ni makanan masa mengidam. Nasib baik la i ni seorang yg boleh makan esok lusa( ada orang mengidam masa tu juga nak makan ). Tapi kesian kat en.suami i yg terpaksa cari makanan ni dalam kesibukan dia . TAPI, dalam tempoh ni, satu benda yang paling i x boleh tengok, hidu apatah lagi makan...iaitu KICAP & apa2 makanan yg berwarna hitam.confirm masa u jugak i akn uwekkss..

Masa baby dah 5 bulan, i jadi semakin aktif . Jadi rajin tetibe je . i boleh buat kerja berat, kata org ada je bnda nak dibuat . Tapi ok jugak sebab masa 5 bulan ni selera makan i bertambah. Satu hari i akan makan paling kurang 3 kali nasi...paling kurang taw. Hobi pula bertukar, dari sibuk dengan buku, i muncul minat untuk menjahit & memasak.. tapi x pandai sgt nk berkemahiran ni . Sekadar yg basic2 boleh la . DAN yg peliknya, i akn masak kicap n kadg2 tu makan kicap semasa makan nasi.Sedangkan sebelum ni i loya dengan kicap . Habit setiap minggu, i akn ukur lilit perut utk memastikan perut besar dengan seimbang. 6 bulan , baru 86cm. Doktor ckp perut As ni kecil tapi masa scan dia kata baby normal . Jadi xde la susah hati sangat. Berat pon naik 47 kg je. Sekali tengok nampak macam x pregnant ( kalau pakai baju besar ), 2 kali tengok mcm bru 4 bulan lebih. Sekarang ni i pregnant 6 bulan, perubahan yang ketara pon masa nak tidur. Masa ni As perhatikan kaki dah bengkak, kadang-kadang masa tengah drive kaki i boleh cramp . Bahaya taw keadaan mcm ni. Tu saje utk setakat ni sebab baru 6 bulan, nanti dah 7 8 bulan i tmbah entry baru ok.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Adds