Wednesday, 23 October 2013

bUkU pInK

ni sample je, buku sendiri x boleh letak sbb x reti nak edit maklumat yg terpampang kat cover page tu.
kalo cakap pasal buku pink, mesti ramai para ibu yg taw pasal buku pink / buku merah. Ye la semua yg nak bersalin perlukan buku pink sebagai rujukan doktor yg nk incharge patient.

Nak buat buku pink ni kena la ikut alamat kan, so aku buka dekat KKIA koperasi polis. Dokumen yg patut ada - IC SUAMI / ISTERI, BIL ELECTRIK/ BIL AIR/ BIL ASTRO , KAD NIKAH..tu bg yg 1st mom-to-be la..law ngandung anak ke-2 dan ke atas kena bawak buku pink yang lama...

Masa pergi klinik ni dah nak masuk pukul 1. So, nurse tu cakap la, "adik datg balik pukul 2 ok". dah agak, tapi sesaje gatal nak datang petang2 sbb dengar citer kt KKIA tu x ramai yang datang petang. masa datg balik tu pintu pon tak buka lagi..hehe..lepas buka je, serahkan dokumen kat nurse then tunggu dia panggil nama. 5 minit pastu dia pon panggil la nama. lepas tu dia suruh wat urine test..

dah settle keluar toilet, Aku pon duduk la kat situ tunggu no. giliran.,tak sampai 5 minit dia panggil utk ukur tggi, berat badan, HIV test, n HB, tekanan darah..berat 49.3kg, tggi 153cm, HIV sah2 la negative kan, tekanan darah ok,HB?? x ok! nurse tulis kat situ <9..means anaemia. OMG!! terkejut sangat masa tu. tapi kalau diikutkan family history memang parent 2 2 ada masalah kesihatan.

Lepas tu masuk la bilik untuk ukur perut, nadi baby, n nurse bg info2 yang penting cth pemakanan sihat, perancang keluarga, etc etc..lepas tu keluar...

10 minit kemudian nurse panggil balik, dia bagi suntikkan kancing gigi n suruh g Klinik batu refer doktor sana..sebab masa tu doktor dah xde. so, dlm pkul 3.20 tu gerak terus ke klinik batu.

Sampai je klinik batu memang terkejut.suasanan kat klinik tu jauh beza dengan KKIA td.sesak sangat. Kebetulan masa tu dah rasa macam nak pitam.Nurse cakap apa pon dah x boleh nak masuk dalam otak.  masa scan doktor cakap baby lewat 3 minggu dari tarikh period. Ok sebab boleh terima ye la period datang x menentu..mesti la tarikh kesuburan tu x sama kan. masa dekat sana pon ada ambik darah lagi..arini tangan 2 2 kene cucuk dan lenguh sangat2. Nak drive pon rasa x boleh nak pusing stering. Pukul 5.30 baru keluar n jadi patient paling last kat situ.

balik cari nasi....lapa wooo

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Adds